Ads

MEMOHON PENYENARAIAN IPO

Selalu kita dengar saham IPO tapi sebenarnya apakah saham ipo tu? 
Adakah saham tu lain dari saham yang ada di Bursa? 

Macam mana nak beli saham ipo ni ? 
Banyak lagi soalan mengenai ipo ni yg diutarakan…
  1.  Saham IPO ni kita tidak beli dari market mcm saham lain …
  • Tapi kita subscribe ( beli ) dari ATM, Online banking or portal platform broker masing2 ( ade specific ruangan ipo if nak beli )

  • Terdapat gross period (tempoh ) untuk beli saham IPO. Kalau dah lepas tempoh ni, perlu tunggu sampai listing date baru boleh beli mcm saham lain.



"INITIAL PUBLIC OFFER @ TERBITAN AWAM PERMULAAN"


IPO adalah perkataan Initial Public Offer ~ 
Sesuatu Syarikat perniagaan tu offer some % ownership syarikatnya kepada orang awam ( public ). 

KENAPA? 
Kerana IPO adalah alternative lain kepada syarikat untuk mendapatkan dana suntikan untuk memajukan perniagaannya tanpa buat loan dari ban
.

Kalau loan bank kan perlu bayar interest. Jadi menerusi IPO, syarikat hanya perlu membayar some RM untuk documentation fee and lawyer fee je.

Contohnya :

Cik Lan Pekasam menjalankan business jualan Pekasam Ikan Laut.

Di sebabkan pekasam dia lain dari lain, maka permintaan yang diterima sangat luar biasa dan rekod jualan keuntungan syarikat meningkat konsistant selama 5 tahun berturut-turut. 

Satu hari, Cik Lan mendapat peluang untuk memasarkan produknya ke luar negara.

Oleh itu dia perlu membesarkan tempat pemprosesan dari lot kedai kepada sebuah kilang yang lebih bersistematik bagi memenuhi permintaan.


Oleh itu CIk Lan memerlukan dana bagi membesarkan kilang pemprosesannya.
Jadi Cik Lan berfikir, jika memohon loan, dia perlu membayar hutang dan interest. 
Tetapi jika mohon disenaraikan di Bursa Malaysia, dia tidak perlu mengeluarkan duit sendiri. 
Semua modal untuk membuat kilang adalah di tanggung oleh pelabur IPO.  
Oleh itu, Cik Lan ke bank untuk mendapatkan nasihat.

 After bank menilai rekod kewangan dan potensi perniagaan Cik Lan, lalu bank merujuk permohonan Cik Lan ke Bank Investment untuk memohon disenaraikan melalui IPO. 
Melalui IPO, Cik Lan perlu memberi sebahagian % hak milik syarikat kepada  public . Selalunya dalam 20%-30% ownership saje yg offer. 70-80% lagi masih dipegang oleh Cik Lan dan board director yang lain.
Setelah urusan semakan dan process penyenaraian hampir siap, bank investment akan mengagih saham IPO kepada :
  1. Pengarah
  2. Pekerja syarikat Cik Lan ( ESOS)
  3. Kpd “Private Placement “- supplier dan pelabur institution
  4. Pelabur MITI
  5. Orang awam – white form , online banking.
Disini la dana yang diharapkan oleh Cik Lan tu.
 Sesiapa yang ingin untuk melabur dalam syarikat Cik Lan harus membeli ( perkataan investment “subscribe “) saham IPO Cik Lan.
 Apabila tarikh subscribe IPO Cik Lan telah tamat. Bank Investment akan membuat pengiraan dan pengundian. Dan saham akan diagihkan mengikut kaedah undian.
Akhirnya, syarikat Cik Lan di senaraikan di Bursa Malaysia. 
Selesailah,  process penyenaraian. Cik Lan dah dapat dana melalui  subscriber IPO, Pelabur pulak dah start jual allocation IPO yg dapat tu sewaktu hari listing. Once listing jugak, syarikat Cik Lan yang dulu digelar Sdn Bhd sekarang dan menjadi Berhad.
Next entry akan explain kpd syarikat sedikit sebanyak kenapa dan syarat2 nak senarai di Bursa Malaysia.



No comments

Powered by Blogger.